Powered By Blogger

Sunday, January 1, 2012

motivation - anthony robbin


MAKLUMAT MENGENAI URUS NIAGA UNIT AMANAH

Urus Niaga Unit 


Unit boleh dibeli atau dijual setiap hari pada sebarang hari urus niaga.*
Syarikat Unit Amanah yang akan bertanggungjawab membeli dan menjual unit kepada pemegang unit pada hari Urus Niaga. Ini memastikan bahawa pasaran  untuk unit sentiasa wujud.

Terdapat Satu harga untuk belian dan jualan unit dana iaitu pada NAB seunit dana masing-masing . Apabila pelabur membeli unit dana , caj perkhidmatan sehingga 5.5% daripada NAB seunit akan dikenakan untuk dana ekuiti dan seimbang, manakala caj perkhidmatan sehingga 0.24% daripada NAB seunit dikenakan ke atas  dana bon dan pasaran wang .

Bagi pelabur yang melabur di bawah  Skim Pelaburan Ahli KWSP, cap perkhidmatan sehingga 3% daripada NAB seunit akan dikenakan untuk dana ekuiti dan seimbang (seperti yang dikawal oleh KWSP).

Pengurus boleh boleh, mengikut budi bicaranya, mengenakan caj perkhidmatan yang lebih rendah berdasarkan saiz pelaburan dan/atau kriteris lain yang akan ditentukan dari semasa ke semasa .  Pengurus tidak mengenakan caj belian balik ke atas jualan unit dana oleh pelabur. (Sila rujuk halaman 139 dan 140 untuk gambaran belian dan penebusan unit oleh pelabur ).

Harga unit dana diterbitkan setiap hari di bawah Bahagian Amanah Saham di dalam surat khabar utama.**

NOTA : Pengurus boleh mengistiharkan Hari Urus Niaga tertentu sebagai bukan Hari Urus Niaga, walaupun Bursa Securities dibuka untuk perniagaan, jika pasaran asing di mana dana membuat pelaburan ditutup. Ini adalah untuk memastikan bahawa pelabur akan mendapat penilaian berpatutan dana pada setiap masa, sama ada semasa membeli atau menjual unit dana. Notis akan diberikan di dalam setiap website syarikat unit amanah. 




Pelaburan Permulaan minimum  -  RM1000.00

Pelaburan tambahan                   -  RM100.00